Wednesday, April 27, 2011

BERCINTA SELEPAS KAHWIN… tika aku ikhlas dalam berkata-kata

Bila aku renung dan aku fikir, indahnya “CINTA SELEPAS KAHWIN”. Aku ingin  juga merasakan perasaan yg sedemikian rupa. Setelah melihat dan mendengar video dr Pn. Fatimah Syarha… aku amat tertarik apa yang disampaikan oleh beliau. Begitu indah, begitu “nikmat”. Tidak ada faedahnya jika kita hanya menabur janji bersama pasangan yg tidak halal bg kita. Pernahkah kita berfikir aduhai temanku sekalian, adakah kita tahu siapa jodoh kita? Adakah kita pasti pakwe, makwe kita akan menjadi suami dan isteri kita? Adakah kekal apabila cinta bersulam noda dan dusta? Mungkin dulu aku juga agak jahil tntg ilmu agama ini. Tambahan lg ilmu yg berkaitan dengan CINTA kpd ALLAH dan juga CINTA kita kepada manusia yg sebenarnya tidak memiliki apa2… banyak aku berkongsi bersama teman, indah apabila kita menghabiskan masa dgn ALLAH, tercipta banyak ketenangan, kelapangan dada dan kemanisan iman. Ini tidak, lihatlah anak-anak muda sekarang, tambahan budak-budak sekolah berpegangan tangan sana-sini, adegan tidak sopan dilakukan di khalayak ramai tanpa segan dan silu, membonceng motor dengan pakwe… inikah generasi yg bakal memimpin masa hadapan untuk membangunkan islam. Kebanyakannya anak-anak melayu…Aku bukan ingin berdakwah, tetapi aku sedih dan agak terkilan, di mana moral diorang. Mana asas pegangan agama diorang selama ini. Tidak terfikirkah diorang tentang ibu bapa yg memberikan kepercayaan kepada mereka. Hancur luluh hati ibu bapa krn anak-anak bersikap sedemikian… sedarlah remaja sekalian, sedarkan diri anda dr segala noda dan dosa yg telah dilakukan. Bertaubatlah segera, mohon ampun dr ALLAH… sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN… cinta manusia hanya sementara. CINTA ALLAH kekal selamanya… berbalik kpd topik, cinta lps kawen syok sgt…..hehehe…so skrg, fokus lah diri pd yg 1 dahulu. ALLAH MAHA ESA… Jgn bimbang, janji ALLAH pasti berlaku. LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK, DAN PEREMPUAN YG BAIK UNTUK LELAKI YG BAIK. JANJI ALLAH ITU PASTI !!! untuk mendapatkan yg “TERBAIK” kita juga mesti jd yg “TERBAIK” sabarlah dalam manghadapi ujian hati, pernah ustzh aku cakap, ALLAH akan uji pd tingkat kita yg plg lemah. Contoh, masalah hati. Selagi kita tidak selesai dgn mslh hati, selagi tu lah kita akan diuji…sekarang hati aku sudah kembali neutral, tipu la jika x jeles tgk org berkapel, dating sana sini. Tetapi bila aku fikirkan balik, benda tu sebenarnya sia2 belaka. Dosa pn dpt, malu pn dapat coz jd umpatan org...so, sekarang aku menunggu MY FUTURE HUBBY yg ley imamkan solat aku,yg bacakan doa dan aku aminkan, jd Abi yg menjadi contoh kpd anak-anak kami kelak…hehehe… yg dapat melengkapkan kekurangan yg ada pada diri aku nih…lam dunia niy xde yg perfect pom….aku redha dan terima dirimu seadanya ANDAI DIKAULAH TAKDIR YANG TERCIPTA UNTUKKU…yg ak dambakan sekarang ialah MAHABBAH LILLAH…wallahualam… ~renungan~